Huffaz Profesional UNITEN adalah satu program baru yang telah diperkenalkan oleh Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya (UNITEN) dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Upacara Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) telah dimeterai antara UNITEN dan Darul Quran, JAKIM yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Dr. Masyitah binti Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Huffaz Profesional UNITEN ini bernaung di bawah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN, dibantu oleh seorang Penyelaras dan disokong oleh 7 orang pensyarah. Persekitaran pembelajaran Huffaz Profesional UNITEN ini adalah berpusat di Masjid UNITEN. Program Huffaz Profesional UNITEN ini agak unik kerana para pelajar yang mengikuti program pengajian ini akan mengikuti sesi pembelajaran secara seiring (parallel session) iaitu, mereka akan mengikuti kelas Pengajian Akademik UNITEN dan Pengajian Pensijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran, JAKIM dalam masa yang sama.
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN ini juga merupakan satu program yang dirangka khusus bagi melahirkan para graduan yang profesional dalam jurusan al-Quran dan bidang kejuruteraan. Ia merupakan satu usaha yang murni ke arah membina kesepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Justeru, penggabungan ilmu-ilmu Islam dan ilmu Kejuruteraan dan Teknologi ini adalah diharapkan akan dapat memberikan impak baru dalam proses transformasi pendidikan di negara ini dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang holistik dan bersepadu.
No comments:
Post a Comment